Tuesday, 19 March 2013

~~ Kerana Aku Berbadan Besar ~~

Kerana aku berbadan besar..
Aku tidak mahu menayangkan susuk tubuhku..
Aku tidak mahu memperlihatkan potongan ku yang tidak menawan..
Aku tidak mahu memakai pakaian sendat yang menjadi ikutan fesyen wanita moden masa kini..


Kerana aku berbadan besar..
Aku malu memilih pakaian yang jarang-jarang
Aku malu mengenakan fesyen tudung shawl ala-ala Yuna..
Aku malu untuk tampil bergaya dengan busana moden terkini..


Kerana aku berbadan besar..
Aku baluti tubuh dengan kain sederhana
Aku kenakan pakaian yang longgar belaka 
Aku pakai tudung yang menutupi dada..
Kerana aku seorang muslimah..
Aku cuba untuk menjadi wanita solehah..
Walaupun tidak sempurna..
Kerana akhirnya


Aku cuma seorang hamba..
Yang jahil dalam hal agama..
Yang bergelumang dengan dosa di dunia..
Yang perlu dipimpin dan dibimbing..
Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melindungi..
Wanita itu ibarat sebutir mutiara yang terletak dalam sebuah cengkerang..
Tersembunyi di lautan paling dalam..


No comments:

Post a Comment