Friday, 30 August 2013

Korea !!! Here I Come

Assalamualaikum w.b.t

Bila difikir2 semula, sudah 5 bulan Hayyan tidak mengupdate blog kesayangan ini. Al maklumlah, pemalas sangat rasa nya.. Bila tengok Kawan2 yang lain sibuk menulis blog, hati terdetik juga mahu melakukan perkara yang sama. Jadi, In shaa Allah dengan kesempatan yang ada ini, akan Hayyan cuba mengupdate yer.. :)

Lets move on! , 29/8/2013, Hayyan sudah pun berada di bumi Korea ini. Macam tak sangka kan,, selama ini cuma berangan2 je.. Bila la dapat sampai ke negara Super Junior ini kan.. hihihih.. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan salah satu daripada doa Hayyan.. Alhamdulillah sgt2.. 

So, ditanya,, eeh,, kenapa pergi Korea,, holiday kee ?? krik krik krik.. hihihi.. No lah,, Hayyan terlibat dengan program pertukaran pelajar. University Malaya yang pilih Hayyan untuk ke Korea ni. Program ini mengambil dalam masa 6 bulan je. In shaa Allah akan pulang ke Malaysia pada 17/01/2013 .. So, ada peluang la nak sambut krismas dengan new year di Korea! :)
kat sini Hayyan ada selitkan beberapa gambar sikit.


Last snaping picture dengan ibu, ayah, adik

Masa ini kan, Hayyan memang tahan menangis tau. hikhik

Ini lah kawan seperjuangan yang sama2 belajar di Yeungnam University

Nak dijadikan cerita, malam 29/8 tu kami dah sampai ke Dong Daegu Bus Station.. dan sempat juga bertapa tidur kat sana. Perantau la katakan.. 


Ni pemandangan dari atas Air Asia X 

Dae Han Min Guk Land!

Anak2 Malaysia di Busan

Kami bergerak dari Kuala Lumpur seramai 9 orang. lepas tu berpisah sbb mereke ke Gwangju.. Hayyan pulak ke Daegu.
sedih memang terasa. tp atas faktor berdikara, kami gagahkan juga. so, Hayyan minta kalian doakan urusan kami mudah semua ok! :)

Hayyan akan update pasal keadaan kami setelah tiba di Daegu mcm mane. In shaa Allah hari ini juga sbb sekarang Hayyan nak solat Dhuha dulu ni.. :)

Btw, Korea cepat 1 jam daripada Malaysia. dan, Hayyan masa mula2 sampai, aigoo.. susah yer nak cari kiblat sbb hujan kat sini. ok2,, nnti kite citer ok.. semoga kalian sentiasa dalam redha Allah.

Assalamualaikum w.b.t