Assalamualaikum w.b.t
"jika kita mencintai seseorang biarlah kita
mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita
pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui
segalanya daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di
atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai
perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini.
Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja
yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca
mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan
luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang
haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita
tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana
jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak
ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah
terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak
akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam
bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan
pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan
jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap
kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga
dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan
semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman
dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah
berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang
bermaksud;
"Lelaki yang baik
untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan
selidiki sebelum mencintai
Cinta itu hadir tanpa kita
sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya
walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita
membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka
nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana
kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk
menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana
nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa
melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang
kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka
besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah
rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab
kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa
nafsukah?"
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu,
cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah
juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan.
Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah
pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana
Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah
'bercouple"
Andai diri
telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari
ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak
dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan
Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan
pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di
dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang
bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina" yang mana para ulamak
mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga
tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan
couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan
dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun
perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita
sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita
melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat
Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk
kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang
yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan
bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah
atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk
agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.
5) Bertindaklah
ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan
di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk
istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan
keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih
seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan
pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang
ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti
merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah
kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang
indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena
mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika
dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya
semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya
menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya
semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan
menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan
pasangan yang juga baik.