Thursday, 12 September 2013

Nilai nikmat sakit di bumi asing

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tidak update blog.. maaf kerana Hayyan sudah dekat 4 hari mengalami demam dan batuk yang teruk.. alhamdulillah demam semakin pulih.. tapi kalau bab bab batuk ni memang Hayyan akan mengambil masa selama sebulan untuk sembuh.. so sangat malu bila kite terbatuk2 di dalam kelas atau di tempat awam. :D

so, kena tahan lagi dengan cuaca di sini.. so tak mahu cerita sakit ni.. semoga allah sembuhkan Hayyan dengan cepat.. aamiin <3

Hayyan nak cerita pasal kelas Hayyan nie.. alhamdulillah dah masuk semua kelas.. kelas yang paling Hayyan suka buat masa ini adalah kelas INTRODUCTION TO REGIONAL DEVELOPMENT.. sebab lecturer dia sangat comel.. hahahaha.. dan bersifat sederhana.. student2 lain pon baik. kelas yang paling bosan setakat ni adalah kelas hari selasa.. kelas apa ?? uittt.. rahsia.. hahahaha.. mmg tahap bosan tapir la.. ( kesian kan tapir, x pasal2 plak..)

alamak,,, kita nak cerita panjang tp skrng mata cam berpinar2 plak.. memandangkan waktu sudah pukul 1:34 pagi.. esok Hayyan cerita lg ok.. siap dengan gamabr2 sekali.. in shaa allah.. <3


Friday, 6 September 2013

WelcoMing Party ~~ Yeungnam University


Assalamualaikum w.b.t


Apa yang berlaku malam ini ?? hahaah.. WELCOMING PARTY TO A NEW STUDENT !! .. welcoming la sangat!.. ahha.. Hayyan dah eksaited smpi x makan dinner sume tu kan..
buat muka comel sebab tak tahu kenyataan yang sebenar,, ahahahah
Makanya, kami pon pergilah mendaftar di pejabat pentadbiran lebih kurang pukul 6 petanag.. masuk2 sahaja telah disajikan dengan game2 yg mungkin familiar di korea.. dan beberapa snek yang tak tahu halal atau tidak., so, kami ni dok tunggu mana makanannya kan.. pastu boleh lak ada pengumuman yang telah saya translatekan ::
--> baiklah, parti akan bermula.. siapa yang mahu join sila bayar 15,000 won. kita akan hidangkan beer dan juga soju utk kalian.. sila sertainya.. <----

ok fine. terkejut. eeh mana makanannyer?? mcm kawan2 kt university lain ? ok.. tertipu.. hari ni dah 2 kali tertipu.. hahaha.. :P
so, saya rasa daripada 106 pelajar, mungkin dalam 40 org yg join.. sumenyer daripada pelajar2 eropah yang mmg suka party.. :D
so bile tgk dorg2 puyer ke ekssited tan tu mmg sakit hati la bila fikir.. what taht they think about other students ?? my roomates sanggup tak makan tau kat dining hall sbb dorg ingatkan ada la makanan kt partytu. @_@ .. nmpak tak kita tgh marah ni...

balik je bilik, mmg kami terus la buat round table,, masak megi, sardin, sayur, seaweed, tuna.. hurm,, kalalu la tau mcm tu je, mmg tak pergi la jawab yer.. hohohoho

ohhh,, ada lagi 1 cerita.. kt sini persatuan mereka dipanggil USA - UNIVERSITY STUDENT AMBASSADOR. so, saya boleh la agak dalam 12 org pelajar korea.. so, daripada 12 ni, cuma 4 orang yg baik dengan pelajar asia.. yang lain, pehhh.. asik menggedik dengan pelajar eropah sahaja, kami yang bertudung ini, tidak pernah ditegurnya.. yang itu kami tak la kisah sangat tapi bial memikirkan, korea juga sebahagia daripada asia.. so kenapa perlu bersikap sedemikian ? hidung kita juga sama penyeknya.. heheh.. :P

Mereka akan pura2 tak nampak kita dan hanya berlalu pergi. padahal tugas mereka adalah untuk membantu exchange student for fall semester.. bukannya pelajar dari eropah sahaja. @_@ .. marah sekali lagi.. hahaha.. hari ini merupakan hari ke-11 kami di sini.. so ada lagi dalam 5 bulan.. semoga allah permudahkan urusan yang seterusnya.. 

Di sini, kami mendapat berita yang mengejutkan apabial salah seorang daripada rakan Malaysia mendapat penyakit sehingga perlu dikuarantin. sangat kasihan pada dia. penyakitnya hanya di tahap awal. tapi pihak pentadbiran seperti menghalau beliau. sangat tak setuju dengan apa yang telah dilakukan. @_@ .. semoga kawan saya tu cepat sembuh.. aamiin.. :)

so, seperti yang dikatakan ada member USA yang baik hati,, selalu menyapa kami.. dan sangat comel ..
Ini Wendy.. same umur ngan kami.. tak ingat amik major ape.. sangat comel kann ?? jeles tgk muka kecik sangat. haahha..

Ini pulak, encik hati yang saya dok usha2 kat sini.. nak tgk ke gambar nya ?? hahaha.. saya uplod pic yg da di edit so janagn nak kata saya ni gatal plak ok.. mamat ni yang amik kami di daegu station.. dan sangat baik.. our senior .. :D .. dia pendek je. so sangat teruja tgk mecomelan dia.. hehehe..
saya masih meminati orang asia walaupun orang mexico sangat hensem disini.. hahahah.. :D

so, nak cerita apa lagi ea ?? tu la,, masih mencari makanan hala,, sampai termimpi2 ikan tongkol masak kicap tau.. ples send to me rite now !! :D

ok lah,, semoga kalian sentiasa dalam redha allah selalu.. assalamualaikum..

~~ Jadual Kelas Baru ~~


Assalamualaikum w.b.t

Macam mana dengan kesihatan kalian ?? baik-baik sahajakah ?? Alhamdulillah suhu di Korea lebih kurang 19 darjah celcius.. sangat sejuk tahu tak !! ?? heheheh.. so, setiap kali malam menyapa, pastinya suhu badan Hayyan akan meningkat dengan serta merta.. :D .. Hayyan rasa ini dugaan Allah yang sangat indah kerana ada kalanya Hayyan jujur mengakui diri ini ada terlalai di bumi Korea ini.. :)


so, selepas register subjek semua, baru la Hayyan rasa lega tau.. dan buddy Hayyan ckp la Hayyan ni budak baik sebab sume da prepare.. so tak susahkan dia.. hehehe.. :P  .. ngada2 siot !! 


Hari ini dah masuk kelas yg pertama :: Korean culture.. sebab kursus ini ditawarkan utk student asing, maka Hayyan ingtkan pembelajaran dalam bahasa inggeris.. tetapi sebaliknya.. so sepanjang dalam kelas hari ini, Hayyan hanya diam, senyum, ketawa.. sebab tak faham 1 butir yg diungkapkan oleh pensyarah.. ahahahah.. lepastu kan, Hayyan terus drop paper tu tau.. so, inilah jadual baru Hayyan ------>

Hanya 4 subjek yang diambil, maka, isnin agak pack.. 3 subjek smpi malam.. selasa/rabu/khamis hanya 1 kelas.. tiada kelas pada hari jumaat !! :D

Pastinya hari2 yang akan mendatang lebih banyak dugaan nya,, begitu juga 
Hayyan selalu mohon agar allah kuaatkan iman Hayyan di sini.. sangat takut bila fikir itu semua.. so, sampai di sini sahaja.. semoga hari esok lebih baik dari hari ini.. in shaa allah.. :D


Monday, 2 September 2013

Orientation Day

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini sangat memenatkan bagi aku.. series.. Korea agak panas hari ini.. dan untuk kali pertama kali merasai pengalaman berorintasi di negara 4 musim.. 

Alhamdulillah hari ini bertemu dengan ramai kawan. Boleh dikatakan dari seluruh dunia.. Sempat berkenalan dengan mereka2 daripada mexico / USA / China / Korea / India / France .. Indah sungguh nikmat yang diberi Allah ini.. Tapi akau kelihatan agak lalai dibumi Allah ini >_<



So, Sudah dapat buddy .. Alhamdulillah.. Nama dia Kim Jun Yeop. Umur 23.. Jurusan English Education. Alhamdulilah sebab kami tiada masalah untuk berkomunikasi.. Akan menempuh hari yang sukar di Yeungam University ini. Berharap agar Allah permudahkan semuanya untuk diri ini.. 




Semalam juga dpt lunch box free.. ahakss.. byk lauk dalam tu tapi sikit je yang boleh dimakan. sanagt sakit hati bila makanan yang sebenarnyer kita boleh makan tapi tak boleh makan. inilah dugaan yer.. Alhamdulillah Mr Lee sang su sangat cool dengan malaysia team !. hehehe





Ni lah Mr Lee Sang Su yang disebut2 sebelum ni.. ehheeheh
ni la lunch Box.. agak2 kami boleh makan yg mane ?? hehehehe

ada last2.. kat dlm pic ni.. ada sorg yang aku dok usha je.. haha.. tp wajahyer jauh sgt.. rezeki allah bg sbb tersnap muka dia.. ahahah

so sampai sini je lah dulu tau.. sebenarnya banyak yang hendak dikongsi bersama.. tapi mata sudah mengantuk juga.. jaga diri korang.. assalamualaikum.. 

Sunday, 1 September 2013

Somewhere Place Belong To Allah Called :: Daegu


Assalamualaikum. 

Hari ini hari ke-4 berada di bumi Korea.. Hayyan sudah berjalan-jalan di sekitar bandar gyeongsan.. Alhamdulillah, kawasan akt sini sangat cantik tau.. so kali ni Hayyan nak show up beberapa gambar yag menarik.. entry kali ni nak tunjuk gambar je. hahaha.. :)


















 so silalah menikmati nya.. in shaa allah lebih banyak akan diuplod di kemudian hari,, hhehe :)

  selamat semuanya,, esok hayyan akan start kelas.. wish me luck..
assalamualaikum

Friday, 30 August 2013

Korea !!! Here I Come

Assalamualaikum w.b.t

Bila difikir2 semula, sudah 5 bulan Hayyan tidak mengupdate blog kesayangan ini. Al maklumlah, pemalas sangat rasa nya.. Bila tengok Kawan2 yang lain sibuk menulis blog, hati terdetik juga mahu melakukan perkara yang sama. Jadi, In shaa Allah dengan kesempatan yang ada ini, akan Hayyan cuba mengupdate yer.. :)

Lets move on! , 29/8/2013, Hayyan sudah pun berada di bumi Korea ini. Macam tak sangka kan,, selama ini cuma berangan2 je.. Bila la dapat sampai ke negara Super Junior ini kan.. hihihih.. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan salah satu daripada doa Hayyan.. Alhamdulillah sgt2.. 

So, ditanya,, eeh,, kenapa pergi Korea,, holiday kee ?? krik krik krik.. hihihi.. No lah,, Hayyan terlibat dengan program pertukaran pelajar. University Malaya yang pilih Hayyan untuk ke Korea ni. Program ini mengambil dalam masa 6 bulan je. In shaa Allah akan pulang ke Malaysia pada 17/01/2013 .. So, ada peluang la nak sambut krismas dengan new year di Korea! :)
kat sini Hayyan ada selitkan beberapa gambar sikit.


Last snaping picture dengan ibu, ayah, adik

Masa ini kan, Hayyan memang tahan menangis tau. hikhik

Ini lah kawan seperjuangan yang sama2 belajar di Yeungnam University

Nak dijadikan cerita, malam 29/8 tu kami dah sampai ke Dong Daegu Bus Station.. dan sempat juga bertapa tidur kat sana. Perantau la katakan.. 


Ni pemandangan dari atas Air Asia X 

Dae Han Min Guk Land!

Anak2 Malaysia di Busan

Kami bergerak dari Kuala Lumpur seramai 9 orang. lepas tu berpisah sbb mereke ke Gwangju.. Hayyan pulak ke Daegu.
sedih memang terasa. tp atas faktor berdikara, kami gagahkan juga. so, Hayyan minta kalian doakan urusan kami mudah semua ok! :)

Hayyan akan update pasal keadaan kami setelah tiba di Daegu mcm mane. In shaa Allah hari ini juga sbb sekarang Hayyan nak solat Dhuha dulu ni.. :)

Btw, Korea cepat 1 jam daripada Malaysia. dan, Hayyan masa mula2 sampai, aigoo.. susah yer nak cari kiblat sbb hujan kat sini. ok2,, nnti kite citer ok.. semoga kalian sentiasa dalam redha Allah.

Assalamualaikum w.b.t 


Tuesday, 19 March 2013

~~ Kerana Aku Berbadan Besar ~~

Kerana aku berbadan besar..
Aku tidak mahu menayangkan susuk tubuhku..
Aku tidak mahu memperlihatkan potongan ku yang tidak menawan..
Aku tidak mahu memakai pakaian sendat yang menjadi ikutan fesyen wanita moden masa kini..


Kerana aku berbadan besar..
Aku malu memilih pakaian yang jarang-jarang
Aku malu mengenakan fesyen tudung shawl ala-ala Yuna..
Aku malu untuk tampil bergaya dengan busana moden terkini..


Kerana aku berbadan besar..
Aku baluti tubuh dengan kain sederhana
Aku kenakan pakaian yang longgar belaka 
Aku pakai tudung yang menutupi dada..
Kerana aku seorang muslimah..
Aku cuba untuk menjadi wanita solehah..
Walaupun tidak sempurna..
Kerana akhirnya


Aku cuma seorang hamba..
Yang jahil dalam hal agama..
Yang bergelumang dengan dosa di dunia..
Yang perlu dipimpin dan dibimbing..
Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melindungi..
Wanita itu ibarat sebutir mutiara yang terletak dalam sebuah cengkerang..
Tersembunyi di lautan paling dalam..