Friday, 30 August 2013

Korea !!! Here I Come

Assalamualaikum w.b.t

Bila difikir2 semula, sudah 5 bulan Hayyan tidak mengupdate blog kesayangan ini. Al maklumlah, pemalas sangat rasa nya.. Bila tengok Kawan2 yang lain sibuk menulis blog, hati terdetik juga mahu melakukan perkara yang sama. Jadi, In shaa Allah dengan kesempatan yang ada ini, akan Hayyan cuba mengupdate yer.. :)

Lets move on! , 29/8/2013, Hayyan sudah pun berada di bumi Korea ini. Macam tak sangka kan,, selama ini cuma berangan2 je.. Bila la dapat sampai ke negara Super Junior ini kan.. hihihih.. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan salah satu daripada doa Hayyan.. Alhamdulillah sgt2.. 

So, ditanya,, eeh,, kenapa pergi Korea,, holiday kee ?? krik krik krik.. hihihi.. No lah,, Hayyan terlibat dengan program pertukaran pelajar. University Malaya yang pilih Hayyan untuk ke Korea ni. Program ini mengambil dalam masa 6 bulan je. In shaa Allah akan pulang ke Malaysia pada 17/01/2013 .. So, ada peluang la nak sambut krismas dengan new year di Korea! :)
kat sini Hayyan ada selitkan beberapa gambar sikit.


Last snaping picture dengan ibu, ayah, adik

Masa ini kan, Hayyan memang tahan menangis tau. hikhik

Ini lah kawan seperjuangan yang sama2 belajar di Yeungnam University

Nak dijadikan cerita, malam 29/8 tu kami dah sampai ke Dong Daegu Bus Station.. dan sempat juga bertapa tidur kat sana. Perantau la katakan.. 


Ni pemandangan dari atas Air Asia X 

Dae Han Min Guk Land!

Anak2 Malaysia di Busan

Kami bergerak dari Kuala Lumpur seramai 9 orang. lepas tu berpisah sbb mereke ke Gwangju.. Hayyan pulak ke Daegu.
sedih memang terasa. tp atas faktor berdikara, kami gagahkan juga. so, Hayyan minta kalian doakan urusan kami mudah semua ok! :)

Hayyan akan update pasal keadaan kami setelah tiba di Daegu mcm mane. In shaa Allah hari ini juga sbb sekarang Hayyan nak solat Dhuha dulu ni.. :)

Btw, Korea cepat 1 jam daripada Malaysia. dan, Hayyan masa mula2 sampai, aigoo.. susah yer nak cari kiblat sbb hujan kat sini. ok2,, nnti kite citer ok.. semoga kalian sentiasa dalam redha Allah.

Assalamualaikum w.b.t 


Tuesday, 19 March 2013

~~ Kerana Aku Berbadan Besar ~~

Kerana aku berbadan besar..
Aku tidak mahu menayangkan susuk tubuhku..
Aku tidak mahu memperlihatkan potongan ku yang tidak menawan..
Aku tidak mahu memakai pakaian sendat yang menjadi ikutan fesyen wanita moden masa kini..


Kerana aku berbadan besar..
Aku malu memilih pakaian yang jarang-jarang
Aku malu mengenakan fesyen tudung shawl ala-ala Yuna..
Aku malu untuk tampil bergaya dengan busana moden terkini..


Kerana aku berbadan besar..
Aku baluti tubuh dengan kain sederhana
Aku kenakan pakaian yang longgar belaka 
Aku pakai tudung yang menutupi dada..
Kerana aku seorang muslimah..
Aku cuba untuk menjadi wanita solehah..
Walaupun tidak sempurna..
Kerana akhirnya


Aku cuma seorang hamba..
Yang jahil dalam hal agama..
Yang bergelumang dengan dosa di dunia..
Yang perlu dipimpin dan dibimbing..
Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melindungi..
Wanita itu ibarat sebutir mutiara yang terletak dalam sebuah cengkerang..
Tersembunyi di lautan paling dalam..


Thursday, 7 February 2013

~~ T.E.N.A.N.G ~~

Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang."

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

heee.. ni pehal la plak kan ?? ahakszz.. ok,, berapa hari lg akan melangkah ke semester 2.. alhmdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan.. :) 

--> so da tua2 ni kan.. baru la perasan yg hidup ni even kurang yer byk sgt.. cth ?? ok,, cth ini bkn untuk x brsyukur tp mcm cnth la kire yer.. hee... 

--> ok , kurg la cm fizikal yg x brape menawan, tiada kwn semasa alam persekolaha, guru2 yg rapat, hahaha.. penah jugak terfikir,, kenapa aku tak mcm kwn2 yg lain.. rmai kwn, ade cgu yg rapat.. boleh peluk cium semua.. saya ?? ---> NO !!

--> Sbb ?? saya poyo !.. haha.. :) .. itu semua tak pernah membuatkan diri rase down atau sedih yer.. haha.. sbb personally, mmg sy suke buat bnde sorg2.. allah, bosan kan hidup sy nie.. belaja , makan, minum, shoping.. sume msti nk sorg2.. if kwn teman pon, adik dan kazen2 je.. 

--> faridz penah ckp tentang diri sy : 

*** hurm
bagi aku
kau seorang perempuan yg ada ego dan pendirian
act kau happy go lucky
tapi dengan orang yng kenal kau saja
dgn stranger
kau seorang yang berpendirian and ego
itulah typical wanita yang bependidikan
sangat2 menjaga diri
hee
^^

----> sy ego ?? SANGAT !! :'(

--> SO APE YG X TENANG NIE.. ?? well.. sy rase berat hati untuk pulang ke UM esok.. rase x cukup lg ngan family.. allah, permudahkan urusan sy :)


*** siries sy x de kwn di alam persekolahan.. :)

Monday, 7 January 2013

Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah


Assalamualaikum w.b.t

"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik. 

Siapa Kata Tak Boleh Bercinta?


Assalamualaikum w.b.t
Cinta adalah fitrah yang lahir dari lubuk hati setiap manusia. Setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai, tapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan agar ia tidak akan menjadi fitnah.
Sering kita dengar bahawa cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi itu akan halal selepas selesainya akad nikah. Ramai yang mengakuinya, namun ramai juga yang tidak mengendahkannya.
Perasaan cinta itu tidak salah kerana ia adalah anugerah Allah. Kita hendaklah memeliharanya daripada menjadi fitnah duniawi. Tanpa kita sedari kehadirannya akan membawa wabak yang agak susah untuk dipadam kalau tidak berjaga-jaga dari awal.
Cinta itu perlulah disalurkan di tempat yang sepatutnya agar kita tidak dilabelkan zalim yakni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Cinta itu begitu indah apabila dihayati dengan aturan Islam.
Diri ini sering tertanya-tanya, adakah dengan ber'couple' itu lengkaplah kebahagiaan kehidupan ini? Persoalan ini timbul apabila melihat ramai kawan-kawan terdekat ber'couple'.
Benarkah cinta itu wujud apabila kita mempunyai pasangan kekasih yang selalu bertanya khabar, ber-sms, ber'chat'ing di Facebook, atau berjumpa ('dating') berdua-duaan untuk melepaskan rindu dan bergayut di telefon? Ke manakah hala tuju perhubungan itu? Adakah ia direstui keluarga atau, persoalan yang lebih besar, adakah perhubungan itu diredhai Allah? Adakah ini semua dinamakan cinta?
Persoalan ini sering berlegar di mindaku tanpa ada noktah jawapannya. Astgahfirullahalazim, bermuhasabahlah teman-teman, moga diri kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang lalai dengan cinta duniawi ini.
Berdasarkan pemerhatian, aku sering melihat dan mendengar pelbagai karenah rakan-rakan yang ber'couple' ini. Sebagai contoh, mereka menghabiskan banyak masa bersama si dia dan mendengar janji-janji manisnya yang disampaikan dengan suara yang sengaja dilunakkan serta dilembutkan. Bukankah suara itu juga sebahagian daripada aurat kita?
Allah SWT berfirman,
"...Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
(Surah al-Ahzaab, ayat 32)
Mengapa perlu diucap perkataan sayang, cinta dan rindu kepada yang bukan halal bagi kita? Simpanlah kata-kata manismu untuk si dia yang halal bagimu dan bukan kepada yang membawa kamu ke jalan kemaksiatan.
Apabila ditanyakan persoalan tentang perkahwinan, selalunya mereka yang ber'couple' terdiam sepi kerana tiada jawapan. Bukankah lebih elok jika dipercepatkan perkahwinan? Rasulullah SAW bersabda: "Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Benarkah apabila selalu keluar bersama, kita dapat mengenali pasangan dengan lebih baik atau sekadar untuk mendapatkan perhatian dan keseronokan dunia? Ataupun untuk dijadikan tempat mengadu segala masalah? Bukankah Allah itu tempat terbaik untuk berbicara dari hati ke hati? Ayat-ayat cintaNya itulah penawar duka lara kita ketika susah senang dan dapat mententeramkan hati kita.
Allah SWT berfirman,
"...Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang."
(Surah ar-Raad, ayat 28)
Kadang-kadang terdengar ramai lelaki mengatakan perempuan yang tidak melayan ajakan maksiat mereka itu sombong. Kenapa boleh berkata begitu? Apabila si perempuan tidak membalas teguran dan ajakan untuk 'berkenalan', itu bukannya sombong, tapi itu adalah untuk menjaga diri.
Sedarlah lelaki di luar sana, jika anda mahu ibu kepada anak-anak anda baik, maka jadikanlah diri anda baik dahulu. Jika anda ingin dihormati, hormatilah pasangan yang bakal anda nikahi terlebih dahulu.
Hal ini bertepatan dengan firman Allah yang sering kita dengari yang bermaksud,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)
Hatiku lagi pedih apabila terpandang atau memandang rakan-rakan yang betudung labuh litup, malah ada juga yang sebilangannya berpudah tapi malangnya mengambil istilah 'couple islamik'.
Benarkah 'couple islamik' itu wujud? Bukankah 'couple' itu haram kerana mereka yang ber'couple' menjalinkan kasih sayang dengan bukan mahramnya tanpa ikatan yang halal? Bukankah mereka lebih berpengetahuan agama dan lebih mengerti akan perkara ini?
Sedarlah wahai teman, itu hanyalah sandiwara syaitan yang ingin mempermainkan dirimu. Perbuatanmu itu boleh merosakkan nama baik muslimah yang lain; yang benar-benar menutup auratnya untuk menuju redha Ilahi. Bak kata pepatah Melayu, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

Kenapa perlu ada 'couple'? Kenapa ia menjadi satu trend? Adakah disebabkan pengaruh rakan sebaya? Banyak kata-kata cinta dikongsi bersama di Facebook, tetapi sejauh manakah ia memberi kesan kepada hati kita? Dengan bicara kata-kata indah dan puisi yang begitu cantik susunan bahasanya, bolehkan ia memberi kesan dan menjadi pengajaran serta peringatan untuk diri sendiri?
Ingatlah, hanya dengan mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang. Kita sering mendambakan kata-kata yang indah, lupakah kita ayat-ayat dariNya begitu indah bila kita mentadaburkan maknanya dan mengamalkan apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang?
Penting sangatkah ber'couple'? Kenapa ia boleh berlaku? Adakah kerana hati kita kosong? Sedarkah teman-teman termasuk diri ini, mengapa kadang-kadang hati kita merasa kosong? Bila hati rasa tidak tenang, bermuhasabahlah, fikir balik adakah kita sudah selesaikan tanggungjawab kepada Tuhan? Bila rasa susah hati, tanya pada diri adakah kita ada berhutang dengan sesiapa di luar sana? Bila hati terasa sedih, fikir balik pengorbanan apa yang kita tidak pernah buat dan apa pengorbanan orang lain terhadap kita.
Cara untuk mendapat ketenangan hati bukannya dengan mengadu kepada 'couple' kita, tapi dengan mengadu kepada Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Berkuasa, kekasih hati yang hakiki.
Kita hendaklah sentiasa berdoa untuk orang lain (bukan hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja). Melalui doalah hubungan kita dengan Allah akan menjadi lebih baik. Doa juga menjadi peringatan untuk diri sendiri supaya menjauhi kemungkaran di dunia ini untuk mendapat syurgaNya di sana. Cinta suci yang seharusnya kita garapkan dahulu ialah cinta kepada Allah, Rasulullah dan kedua ibu bapa.
Oleh itu jagalah maruah diri, dan yang utama, jagalah hati. Berhati-hatilah dengan hatimu kerana dirimu begitu berharga pada pandangan Allah, bukan pada pandangan si dia. Cinta Allah terlalu Agung berbanding cinta si dia yang boleh hilang dan meninggalkan dirimu pada bila-bila masa sahaja. Cinta Allah kekal selamanya sampai ke syurga.
Yakinlah dengan janjiNya untuk pertemuan dengan si halal bagi menyempurnakan kasih sayang di muka bumi ini. Masa dan waktu menentukan segalanya berserta doa yang sering dipanjatkan kepadaNya. Jagalah cinta kalian untuk yang halal sahaja. Insya-Allah, masa itu akan tiba. Bersabarlah teman dan jangan penat memperbaiki diri serta mencari ilmu rumah tangga yang bakal ditempuhi.
Setiap permasalahan 'couple' itu ada penyelesaiannya iaitu bernikah. Jadilah contoh yang terbaik dalam mengikuti sunnah Rasulullah dengan membina ikatan pernikahan. Percintaan selepas perkahwinan itu adalah salah satu jalannya. Maka, jagalah diri, jagalah hati dan jagalah iman kita. InsyaAllah, dipermudahkan segala urusan.
 * insya allah.. c& p :: i love islam artikel 

Friday, 4 January 2013

~~ Tips Jadi Matang Pada Usia Muda~~



Assalamualaikum w.b.t

... terasa terpanggil plak utk berrcerita tentang isu-isu matang nie.. hurm.. kenape ea ?? maybe sebab saya juga hampir melangkah ke usia 21 mungkin ?? kalau dalam drama ni, umur 21 da boleh pegang harta banyak tau jika bapanya memberikan nya wasiat.. cth : mcm dalam cerita manjalara tu.. ahahah... 

--> hurm... mungkin sbb saya melihat orang di sekeliling yang konon2 matang tapi hakikatnya tidak ? persoalannya, saya matang kah ? teeeettttttttt... insya allah dalam usaha utk perbaiki diri juga... :) .. mari sama2 berdoa insya allah.. :)

--> wanita pada usia saya pastinya akan bercerita tentang cinta, dan kehidupan pada masa akan datang. salahkan bila kita bercerita tentang itu ? dan mengapakah seseorang yang bernama wanita sehingga tegar menyebut TAK MALUKAH JIKA SEORANG WANITA BERKATA " AKU SUKA PADAMU" KEPADA SEORANG LELAKI? ... bukankah disebut, JIKA SEORANG LELAKI ITU SUDAH CUKUP ILMUNYA, SEORANG WANITA HARUS MELAMARNYA ??? tidak kah anda berasa bahawa anda sedang menghina saidatina khadijah secara senyap2.. erk... di situ pentingnya kematangan.. :)

** tips menjadi matang pada usia muda**

1. pilih sahabat yang berfikiran positif
2. rajin berbual dengan ahli keluarga, setiap massalah dapat diselesaikan bersama
3. hadiri majlis ilmu, walaupun kadangkala tak faham apa yang dibincangkan, ia dapat mendedahkan kepada kematangan
4. kurangkan menonton siaran televisyen yang remeh-temeh dan permaina video. sebaliknay membaca isu-isu ilmiah dan lterlibat dalam aktiviti yang sihat
5. pilih pakaian yang bersesuaian. tidak terlalu keanak-anakan dan terlalu tua. sesuaikan dengan usia dan wawasan anda.
6. fikir kesan buruk jika tidak boleh berdikari dan berfikiran secara matang. orang akan sentiasa memandang rendah, hidup sentiasa cemas dan mudah kecewa kerana diri serba tidak tahu
7. tanamkan keinginan mencari ilmu baru. pilih kegiatan yang mendedahkan kepada aktiviti sosial bermanfaat dan perkembangan sahsia seperti pameran universiti, gotong royong dan sebagainay.
8. konsisten solat berjemaah di surau atau masjid. Ia aura semulajadi dalam masyarakat yang menjurus kearah kematangan. 

---> sekarang tengah berusaha untuk melakukan tips ke-8. semoga dipermudahkan. insya allah. :) 
---> saya tak mohon anda untuk datang berjumpa untuk mengutuk setiap kata2 saya. tapi saya mohon anda untuk matang dalam setiap perbuatan anda. Hal ini kerana saat kita dilahirkan, kita telah menjadi semakin tua, . 
--> Assalamualaikum w.b.t

# majalah GEN-Q isu 6, vol 2 #

Wednesday, 26 December 2012

NINJA BOY !! ^_^


Assalamualaikum.. 

---> wachaaa !! dalam mood stdy nie sempat lg tgk ninja boy.. hahah. act semalam boleh plak berangan nak tenggok doraemon tp kat u-tube tiada.. so nampak la plak naija boy yang sangat benyak.. emmandangkan wifi kat kolej sangat la laju maka saya dengan galak nya mendonlod.

---> peh.. kenangan ni beb ! sangan best la tgk ninja boy.. terinagt dulu every saturday mesti tgk cter ni.. kelaka sebab shin bei.. korng ingt lg tak agak2 nya ?? haha

---> yang paling kelaka juga apstinya watak HEMU HEMU.. si kucing yang nakal tu la.. ahakszz.. oh ! dan juga mak cik kantin yang sangat garang !! ahhaah.. 

---> dalam hidup ni kartun yang paling saya suka adalah :: jeng3.. DORAEMON !! dri la kecik sampi da 20 taun nie.. mmg nak tgk doraemon.. hehehe.... agaknya sbb saya bulat macam doraemon kot ?? 

---> apa2 pon.. kartun menceriakan hidup kite. tak bermakna if kite tgk kartun kite jadi tak matang.. sometimes kite kene letak kan diri kita dengan ade cara utk relaks, tenag dan tlg la jgn stress sgt ! .. saya tak faham dengan segelintir org yag show that dorg sgt stress.. ade cara utk tenang.. sbb stres tu korg yg cari, so tenagkan diri pon korg kene cari  gak.. =)..

---> agak2 encik beliau saya tgk kartun tak ea degan wajah dia yang garang tu ? ahahah.. encik beliau ! sila ajga diri.. ahri tu awak da mkan panadol 1 papan.. aigoo.. manyak risau mehh.. plez jgn stres2.. awak tu mmg da sedia pandai lorh... gud luck ! 
** erkk,, ttp muncul name encik beliau.. padahal.......... aigooo, tak mampu nk lupekan encik beliau.. =(